• SELF EXPRESSION THROUGH PHOTOGRAPHY

    Sepetang Di Pantai Sungai Lurus


    Semalam aku dah janji nak wat n3 untuk Puan hernee..
    so ari ni mesti kena keluarkan gak..
    lepas je sesi photography aku dgn adik aku pagi tu
    petangnya pulak dah janji dengan Puan Hernee nak bawak dia
    dan Wahida ke Pantai Sungai Lurus.
    Pantai ni tak jauh dari kampung aku.. cuma selang 1 kampung je.
    kalau ikut laluan dalam tak sampai 20mnt pun.

    Pantai Sungai lurus ni lebih meriah dari Pantai tempat aku..
    petang2 kat sini ramai orang besiar-siar..

    Hanya orang yang jarang datang sini je yang akan turun ke pasir dan bermain ombak..hehehe..
    orang dekat2 sini dah jemu dah..:)

    Oit! bukan main lagi budak kecik ni posing...hahahaha..
    dengan seluar dia senteng sebelah tu..
    jangan gelakkan watermark aku yang baru ku bikin sendiri tu ya..
    saja testing2..

    Rasa tenang bila sesekali menikmati pemandangan di tepi pantai. 

    Puan Hernee ni pun nampak tenang je kan..?
    entah kenapa mulut dia macam kembung je tu aku pun tak tahu..
    jangan2 tengah tahan kentot.. cit! hahahaha

    Bila dah kena belaian angin pantai ni..mulalah nak tido..
    sambil diri pun boleh tido:)

    Ribuan kulit kerang yang sentiasa berada di pesisiran pantai menjadikan
    pantai kelihatan lebih cantik. ceh..wah...

    Nilah langgai. yang aku kata semalam tu..
    tak semua tempat sama cara menangkap hasil laut.
    Langgai ni lebih kepada menangkap udang dan anak2 ikan..

    Hasil coretan Puan Hernee..

    Sesekali aku cuba buat kelainan dalam sentuhan ku.

    Hai..kalau si budak kecik ni tak abis2 dengan Peace dia..hehehhe..
    dia inginkan keamanan dunia..

    Bukan main seronok lagi dia orang ni..
    aku je jd tukang klick tk bergaji huhuhu.




    Senyum sokmo..






    Dah puas main pasir dan Ombak..kami bertiga ke
    satu warung yang sangat terkenal
    dengan menu kerang gorengnya..huhuhhuh

    cam ner ok?

    Tak lupa jugak satay daging..



    Suka betul Wahida ni bila bawak dia pegi pantai.
    sekali sekala pakcik dia balik..nak lepaskan rindu dengan dia..
    next time pakcik & makcik bawak lagi k..


    8 comments:

    ::cdot the dot:: said...

    model ko...huh terbaekkkk dari ladang....cantik siul pic2 ko...

    ♥Hernee Nazir♥ said...

    kuang asam tul la..smpat lg ngutuk gue aeh..byk la thn kentut..dh le gemuk..gmbo tu dibesarkn lg la nmpk gmuk cik abg oi..

    Ajey Mahat said...

    cdot> heheh.. dari ladang sawit tu.. heheheh.. thanks dot..

    Ajey Mahat said...

    Hernee> hehehe.. nasib badan la ae.. jd bahan.. heheheh

    E.d.Y said...

    haha..ayat kentut tu tak tahan...nice pics bro...puan hernee tu dapat bayaran x jadi model??hehe

    AiNuL said...

    mcm sedap je kerang goreng tu,x pernah makan...sesekali perlu kesana nmpknya...

    Ajey Mahat said...

    E.d.y> haha.. thanks .. Puan hernee tk dpat gaji pun.. dh bawak besiar ok la tu.. heheheh

    Ajey Mahat said...

    Ainul> semestinya sedap.. tekak sayalah.. heheh.. mesti cuba..:)

     

    Meet The Author

    Just an ordinary man who love photography :) Sesiapa yang berminat untuk menggunakan khidmat MNM Photography - Green Art Studio, bolehlah hubungi saya melalui email di bawah: mnmphotobiz@gmail.com/ mohdnazir@ptp.com.my

    Blog Traffic