• SELF EXPRESSION THROUGH PHOTOGRAPHY

    2 Hari Bersama Sifoo.com


    Salam, 24hb & 25hb April lepas aku telah mengikuti
    kursus Reka Photoshop Kreatif anjuran Sifoo.com
    bertempat di Pusat Latihan UTM Skudai.Selama
    2 hari macam2 aku dapat belajar pasal photoshop.
    selama ni aku main tibai semacam je..heheheh.
    so lepas ni aku akan gunakan teknik2 yang sifoo ajar..
    kalau ingat lagi la..hahahha

    masa dalam kelas, yang ujung tu tengah bediri tulah Encik Imran Abd Jabar
    dialah pengasan Sifoo.com.kalau tak silap aku dia dah berkecimpung
    dalam bidang ni lebih dari 10 tahun.mmg patut dah boleh panggil Sifoo.
    Tapi ari tu dia kata walaupun saya dah lama bermain dengan
    edit mengedit ni..tp dia masih lagi belajar..belajar.. dan belajar..
    memang low profile tul cik Imran Ajmain ni.. aeh! tecacul plak..
    Imran Abd Jabar...heheh..ampunkan saya sifoo.

    Selesai sudah majlis penyampaian sijil..semua peserta diajak berkumpul..
    untuk ambik gambar buat kenang-kenangan. Kursus ni adalah
    kali pertama dianjurkan di JOHOR.Menurut Encik Imran
    semua peserta di berikan sijil dengan design yang baru..
    wah..bertuah betul..memang cantik sijilnya..
    heheh.. sorry aku tak masukan gambar.;)
    kalau kau orang nak.. kenalah join kursus anjuran Sifoo.com ni k.

    Ha.. nilah dia Encik Imran Abd Jabar.. kacak bergaya orangnya..senyum
    memanjag je dan spoting..tanya  ape saja.. insya'allah dia boleh jawab :)
    kau orang jangan salah tengok lak, cik Imran bukan yang sebelah kiri tu tau
    yang sebelah kiri tu dia tak kacak...cuma manis2 ensem je..hahaha.

    Azmi dan aku.. Azmi ni aku tak tahulah apa jawatan dia dalam Sifoo.com n
    kira tenaga pengajar jugalah dia ni..dia tak kisah punya orang.
    bila kau panggil je dia datang..bila dia datang je kau panggil..hahaha..
    semua petanyaan aku dia jawab dengan jelas dan penuh keyakinan..
    chewah begaya betul si Azmi ni bila begambar dengan abg manis2 ensem tu
    bukan main suka lagi kau ya,sampai nak terkeluar gusi kau.. hahaha.

    ok yang kat atas ni,kalau kau orang perasan brother yang pakai baju kelabu
    bawak beg besilang, dia macam tengah korek idong.
    tu adalah encik Nuppy.. dialah yang bagi penerangan
    semasa kursus ni dijalankan.Memang best dan enjoy..
    kalau masa diterangkan korang tak faham.. dia boleh ulang semula..
    kalau korang tak faham jugak..dia ulang lagi slow..slow..
    masih tak faham jugak..Ha..kau bawaklah balik Pc tu..
    kau rebus dengan air limau..pastu..airnya..kau buat mandi 7ari 7malam..
    confirm,kau bleh jadi handal.hahahaha..
    boleh jadi kena sawan komputerlah korang..ikut petua ni.kikiki

    Jusri & aku..
    Aeh pe ke he lak budak bedua ni..?
    O...ni pasal juru gambar ni yang suruh posing ..

    Zam & Jusri,
    Zam ni asal dari Batu Pahat gak rupanya..Umur sebaya aku..
    baru lepas SPM..;) dia adalah diantara peserta petama sekali aku kenal
    masa kursus ni..hahaha.. kenal pun sebab sama2 sesat cari lokasi
    Pusat Latihan UTM ni..Terus jadi member duk sebelah lagi..
    buat Zam aku ucapkan Selamat Pengantin Baru ..
    semoga kekal keakhir hayat..dan dimurahkan rezeki..
     30hb April tamatlah zaman bujang kau ya Zam..
    Jusri pulak asal dari kampung.heheheh..dari sabah ba..
    uiks! jauhnya dari sabah datang belajar Photoshop je..
    heheh dia keja kat Johor lah..dia orang ni memang
    bestlah..kepala semua boleh layan..

    oklah.. rasanya sampailah masa untuk aku bagi tahu serba sedikit
    pengalaman semasa 2 hari bersama Sifoo.com.
    secara keseluruhannya kursus ni..memang best dan sangat2
    bermakna bagi orang2 yang baru mengenal Photoshop.
    kiranya bagi yang tahu guna basic jelah.
    banyak teknik yang diajar untuk mereka sesuatu gambar tu jadi
    lebih menarik,lebih mudah dan cepat.
    peserta juga akan diajar bagaimana mereka custom album @ story book
    setiap peserta juga akan diberikan 1 keping lempeng goreng.hahahha..
    mengarut sudah..1 keping CD..yang mana didalam cd tu..
    terdapat diantaranya.. kerawang,gambar2 terbaik, texture..
    dan entah ape lagilah aku pun tak hengat..tak lupa juga makan pagi dan
    tengahari disediakan.ha nak pe lagi kan.. cekik je..
    kalau ada siapa yang sangat2 berminat bermain dgn Photoshop
    tapi tak berapa tahu guna.. eloklah join kursus ni..
    memang tak rugi..yuran penyertaan hanya RM350.
    kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang kita dapat
    memang berbaloi-baloilah...

    8 comments:

    ::cdot the dot:: said...

    skrg ko dah terror ye n..bole la amik gambo aku ngan puan...tunggu aku ye..congrats dpt sijil...akhirnya impian ko tercapai..

    Ajey Mahat said...

    cdot> mana de tarrer.. skit2 je blehlah..kdang2 tu terlupa gak aku..heheheh..

    E.d.Y said...

    wow..makin mantap la skrg...xpernah pun belajar secara formal..men tibai je guna photoshop..hehe

    Flying Pixel said...

    wow..best

    da lame nak join kursus sifoo ni

    tapi jauh sgt la..x berkesempatan lagi

    Mummy Dasy said...

    mantap... "Umur sebaya aku..
    baru lepas SPM..;)" statement ni cam confuse aku hurrmmmm...

    Ajey Mahat said...

    E.d.Y> biasa2 je..minat punya pasal..heeheh.. dlu kawan pun main tibai je..

    Ajey Mahat said...

    flying> try je request awt tmpat awak..mana thu sifoo nak wat.. hehhehe

    Ajey Mahat said...

    mummyDasy>hahhaha.. fikir sendirilah ya.. hehehhe

     

    Meet The Author

    Just an ordinary man who love photography :) Sesiapa yang berminat untuk menggunakan khidmat MNM Photography - Green Art Studio, bolehlah hubungi saya melalui email di bawah: mnmphotobiz@gmail.com/ mohdnazir@ptp.com.my

    Blog Traffic